Sunday 20 April 2008

Model village..

Weekend lepas kami ke salah satu model village di uk. sebenarnya agak banyak juga taman2 binaan yang meniru binaan2 terkenal seperti stonehedge,jambatan, dll.
yang terdekat dgn rumah kami adalah model village babbacombe, di mana kebanyakkan model adalah rumah2 org british seperti chocolate box,semi-d, school, care centre dll. semua model2 termasuk pokok2,orang2, dan kereta adalah kecil dan begitu comel.

sedikit gambaran model village...







Harga bayaran di kenakan utk seorang dewasa adalah £7.50 dan kanak2 antara 5-13thn adalah £5.50.entry juga buleh setahun sekiranya bayaran di bayar 2 kali ganda. pada mulanya mahu sahaja kami membayar lebih,tapi bila fikir2kan, banyak lagi miniature park begini buleh di lihat, tidak jadilah hasrat kami tadi.
bukan apa, mmg tmn ini hanya ada model bangunan sahaja, tapi.. di sebaliknya saya rasa ada sesuatu juga yang buleh kita manfaatkan.saya melihat yg dtg adalah kebanyakkannya kanak2 yang dtg dgn nenek, ada juga yg datang bersama dgn bapa sahaja, seolah2 mereka dtg bukan seperti kami yg dtg seperti pelancong,tetapi mereka seperti ada kerja sekolah yang perlu di buat dgn menjadikan model village sebagai inspirasi.

alangkah bagus kalau anak saya sudah besar,(atau kami lame di uk..:D) jadi dia akan lebih menghargai apa yang dilihat dan barangkali buleh menjadi inspirasi dalam kehidupannya.ini kerana bila saya melihat model2 kecil ini saya teringatkan anak rakan saya,wardina. yg mana anaknye membuat model rumah bersama ayahnya.tapi tak apalah, moga2 gambar2 yang kami tangkap utk beliau akan dapat menjadi kenangan dan sesuatu yang berguna dlm kehidupan beliau akan datang.

3 comments:

zlaa said...

Nanti kami pi sana, kena bawa ke tempat ni ya..

Anonymous said...

insyaAllah..buleh2 .. sila2 dtg..

Anonymous said...

harap2 time ank2 kite da beso skit nnt ade la benda2 gini kt mesia..bak kata ko..sumber inspirasi utk budak2 ni pikir lbh kritis, kreatif, inovatif n segalanyer la..mudah2an..

farah yg tgh tensen..