Sunday 6 April 2008

semasa easter..

easter adalah hari2 yang ditunggu2 oleh kami. tapi bukan kami sahaja rasanya. hampir semua stdnt atau warga malaysia yg berada di sini menantikan cuti ini, selain krismas.. utk berjalan2.jadi bagi kami,kami menunggu kedatangan sahabat2 kami dr notts( midlands) utk berjalan2 bersama kami di bahagian selatan uk.
cadangannya kami akan bercuti area devon and cornwall..
tapi disebabkan faktor cuaca dan angin, kami hanya berjaya melawat cornwall sahaja, itupun hanya melawat st mount michael, lands end dan eden project sahja.

st moutn michael..
cadangannya kami mahu ke castle di pulau sana. buleh melalui dua cara: berjlan kaki atau menaiki boat. kami bercadang utk berjalan kaki. tapi almaklumlah semua family membawa stroller masing2. mane nak sampai, menolak di atas pasir. angin pulak mcm ribut.patah la kami balik dan menuju ke lands end.


gambaran lands end.. penghujung selatan england..


gambar yang sempat saya tangkap. sekejap sahaja saya keluar dr kereta. angin terlalu kuat.rasa macam nak terbang. tak lama kemudian saya mengajak suami memandu kereta jauh sedikit dr area laut. risau kereta pulak terbang...

"

pada hari ke-3 kami berjlan2 pula di eden project.ala2 bukit cahaya shah alam kot. entahlah..saya pun tak pernah ke bukit cahaya. almaklumlah masa saya banyak di habiskan berada di kampung-bersama arwah nenek dahulu. tidak banyak berjalan2 macam org lain.tidak juga mengikut mak ayah berjalan ke sana sini.suke duk memerap dgn nenek kot.:D alhamdulillah rezeki saya skrg dapat pula merantau ke negara orang.saya diberi peluang utk bukak mata ,lebih bersyukur dan melihat keindahan ciptaanNya...

berbalik kepada eden project..di dalam dome eden project ini menggambarkan suasana mediteranean dan suasana musim panas,sejuk.. dan yang bestnye.. gambaran yang dipaparkan utk musim panas adalah negara kite..hehehe.. negara malaysia. so jumpelah pokok pandan,pisang,sirih dll,papan tanda dalam bahasa malaysia, dan jugak pondok org malaysia. tapi macam tak puas hati.. sebab .. gambaran yg diberikan pada org yang tak pernah datang ke malaysia, hanyalah macam hutan belantara. heheeh..maybe jugak perancangannye 20 -30 thn yang lepas.. tapi..oklahh.. ..membuatkan kami ketawa melawat eden project ini..terubatlah jugak rindu.. walaupun hanya memandang suasana sahaja..


perjalanan ke eden peoject...dan gambaran eden dr luar.. sungguh besar dan cantik dome eden ini..


suasana mediterranean


alhamdulillah hari ke 4.. semua org berangkat pulang. kami menunggu tetamu lain.. dan mereka .. masih menikmati cuti easter ke bath pula...

5 comments:

Unknown said...

erm...rupanyer kat eden project kapcai yang dijual dulu...ekekeke

Anonymous said...

tak puas la umei cuti br2 ni..tak dpt cover byk tpt..tp takpe..tu maknanyer aku kena gi lg umh ko..hehehe..

farah

Anonymous said...

haah..dtg lagi.. tapi kali nih kene rancang lagi best2 punyee...

fsj said...

akak, gamba laut tuh akak snap ke? yg cam pete sket tuh? scarynye.. tp menarik :)

Anonymous said...

err.. taklahh..itu gambar dr internet jerk..ehehehe.. nak tunjuk kat sume org. belum lagi lah nak naik helicopter nak tangkap gambar, tapi mane tahu ade rezeki esok2kan...:)