Sunday 11 May 2008

bank holiday awal may..

bank holiday datang lagi... inilah mase utk berjalan2.. melihat keindahan alam sambil melawat rakan dan sahabat handai.seperti cuti lalu, kami tidak menempah mane2 tempat penginapan, jadi mahu berjalan2 di area kami sahaja. tidak kurang cantiknye tempat kami ini kerana berdekatan dgn laut dan bukit bukau yang dijaga.alhamdulillah, rakan kami mahu melawat kami, maka bertambah seronok perjalanan kami nanti.

pada hari pertama, rakan kami melawat ke cornwall,tapi disebabkan kami sudah pun pernah ke cornwll, jadi kami tidak ikut sama. cume hari ke dua kami membawa rakan2 kami berjalan2 disini, di devon. alhamdulillah, tempat yang mereka ingin lawati belum lagi kami pernah sampai dan kami berpakat utk menaiki keretapi steam .kami akhirnya mengambil package yang berharga £15 seorang yang mana merangkumi perjalanan keretapi dr paignton-dartmouth,+ferry+cruise.

sepanjang perjalanan kami melalaui desa2 orang putih,hutan belantara, terowong dan bot-bot kepunyaan persendirian.yelah, mat saleh ini, dengarnye makin duduk di hujung kampung, makin kaya.jadi tidak mustahil sesiapa yang duduk di tepi pantai mempunyai bot sendiri.

sekitar stesen keretapi steam paignton



menunggu ferry utk ke pekan dartmouth...


pekan dartmouth


di atas cruise..
pemandangan rumah2, dan sejarah2 kawasan sekeliling akan di ceritakan oleh pemandunye..


sebelum balik..sempat pula kami berjalan2 dipekan paignton ini.pekannye seperti fun fair. berwarna warni, dan tidaklah elegen seperti pekan2 lain yang ade kedai2 berjenama.seperti kedai di kuale kangsar pun ade,kerana kedainye menjual barangan lambakan dan murah.


kami juga singgah makan di torquay..salah satu pekan yang cantik di devon. tapi tak sempat menangkap gambar pekannya.hanya singgah di salah sebuah tempat persinggahan utk makan dan beristirehat.


alhamdulillah perjalanan kami bercuti bersama rakan2 kali ini agak puas hati. tidak ade angin kuat dan cuaca agak panas.semoga kami berjumpa lagi,jika diizinkan Allah dan merapatkan lagi tali silaturrahim.

No comments: