Tuesday 21 July 2009

award...


hehehe..
sebenarnye tak pernah plak main2 award cenginie..
anyhow, thanks to farah..kasik award blogger nie..
tak rasa nak send pada sape2..
cume mengucapkan terima kasih pada siapa2 yang mengikuti perkembangan saya..
semoga silaturrahim berkekalan dunia akhirat...

Thursday 16 July 2009

Isle of wight

Bejalan2 di isle of Wight
sangat best..mmg kasik 8/10 kredit..
tak tahu kenapa..mungkin kerana kawasan pulaunya kecil tetapi ada segalanya..
tujuan utama.. pergi The Needles..

The Needles


Untuk melihat the needles buleh melalui dua cara..
1.Chair lift 2. Menaiki bot

sebaik sampai terus menaiki chairlift..
fuhh..


saya seorang yg gayat..takut pada ketinggian..hehehe
mmg lerr..tak terkata bile menaiki chairlift nie..



memberanikan diri
dengan melihat keindahan alam.. yang sangat2 cantik
tak terkata kecantikannya..subhanAllah



rasa seperti burung..tiada dinding membatasi antara saya, alam dan angin..
kaki seperti tergantung di atas angin...
bibawa angin sepoi2 bahasa... menuju laut..





menuju ke bawah..


Menaiki bot pula.. the needles and lighthouse dr dekat..



inilah percutian saya yang paling banyak bertasbih, berfatihah dan berayat qursi..ehehe..
lebih mengerikan dr menaiki ballon yang lepas..
kalau kerana bukan takutkan ketinggian...mahu rasanya pergi utk kali ke-2
anyhow..sangat2 puashati perjalanan kali ini
walaupun saya tinggal berdekatan laut..
area laut sini lagi nyaman dan tersangat cantik..
SubhanAllah..yang menciptanya..
saya diberi peluang..alhamdulillah...

Sunday 28 June 2009

Bournemouth..naik belon

salam semua..
lama tak dengar cerita teman..
actually sangat rindukan malaysiakuuu..
tiap tahun nak balik..tp mesti ade sebab yang tokleh balik...
so harap2nye kalau ade rezeki tahun depan memang nak balik jenguk2 sanak sedara...
jenguk2 org kampung...orang2 perak..kedai2 makan..kedai2 ubat..dan kedai2 2 inggit 3 inggit 4 inggit..eheheheh..
well... mmg itulah terapi paling elok sebenarnye kalau merantau dinegara orang..sesekali balik ke negara sendiri..hilangkan rindu..hilangkan stress .. tapi di sbbkan banyak perkara nak difikirkan dan dibuat akhirnya hasrat saya terbuku juga nampaknya tahun nie...tapi semua itu rezekikan..jadi jgnlah gusar dan melayan sesangat....

jadi tak lain tak bukan..terpaksalah melancong2 bejalan di sini sahaja..diantara terapi yang bagus juga...dan kami satu kampung menjelajah ke daerah yang dipanggil BOURNEMOUTH..

tempatnye same seperti tempat kami.. mempunyai pantai..
tapi tujuan utama kami pada kali itu adalah menaiki helium belon...



hajat hati sebenarnya ingin menaiki hot ballon yang bergerak mengikut tiupan angin tuh..tapi terlalu mahal ,10 kali ganda dari menaiki helium balloon ini..tinggi kenaikan 500kaki ...dan buleh memuatkan 15-20 orang..

kami..atas balon..
nampak beranikan.. tapi sebenarnyaaa...serammmmm.... mungkin kerana saya nie gayat kot..takut pada ketinggian.. jadi.. mmg lah sentiasa berdebar2...


pemandangan dari atas belon..
cantikkkk... nampak laut biru yang indah...



ahli kampung yang masih teruja lepas naik belon..
tak puas2 menangkap gambo...


lepas itu kami...bbq
dan si kecil sempat bermain pasir


best2.....kalau tak gayat mahu aje naik hot balloon..
dan harap2 dapat berjalan2 bersama2 orang kampung lagi...
ciao

June 2009

Tuesday 9 June 2009

Parcel..

Selalu saya menerima parcel dari adik atau keluarga yang mengandungi 'm******n' atau pakaian. Tetapi kali ini saya mengambil kesempatan dr sahabat yang menjual buku utk membeli beberapa buah buku yang masih di dalam simpanannya. Hajat di hati mahu membeli buku untuk si anak kecil, tetapi agak terlewat , buku yang ada kebanyakannya sesuai untuk bacaan saya. Alhamdulillah, beberapa buku yang saya idam-idamkan dari dulu ada.




Pengeposan parcel ke luar negara melalui laut seperti ini mengambil masa dalam 1-2 bulan lebih dengan kadar bayaran tertentu pada jumlah timbangan yang di hadkan. Saban hari menunggu akhirnya ,sampai jua di pagi minggu lepas.Seronoknya menerima buku-buku ini umpama seronok berjumpa rakan-rakan sekolah pula umpamanya..eheheh.

Memang semenjak saya menetap di negara orang putih ini, banyak masa di habiskan menonton tv dalam bahasa orang putih, bercakap dalam bahasa orang putih dan semestinya membaca dalam bahasa org putih. Kadang-kadang penin laaa...kepala saya nak translate bahasa yang tidak saya agung-agungkan suatu masa dahulu ni.Nak buat macam mana, dulu suruh belajar elok-elok tidak mahu. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya melihat-lihat dunia luar menambahkan pengalaman dan ilmu serba sedikit..

Saya memang memerlukan buku-buku ilmiah dan kerohanian ini, memandangkan hidup di luar negara ini tidaklah seperti hidup di dalam negara sendiri. Sekiranya mahu itu ini semuanya tersedia, keluarkan ajelah duit yang ada, kelas-kelas memasak , kelas agama atau bahasa semuanya senang di cari..Tambahan pula tempat saya ini adalah kawasan pelancongan, tidak ramai muslim, jadi kewujudan kedai-kedai dari muslim seperti pakistan dan bangladesh tidaklah serancak di kota London sana,apatah lagi kedai-kedai yang menjual buku agama.Jadi terima kasih banyak2 kepada sahabat saya yang sudi mengeposkan buku-buku ini kepada saya.Terima kasih lagi dan lagi dan daun keladi.3 bulan lagi,bulah lah order buku lagi yer..eheheheehe...

Sunday 3 May 2009

Oklah.. kembali..

:D..ehehehe..oklah2.. kabare sumee..
hari nie saya memaksa juga jari jemari saya meng'sign in' blog nie..
bukan apa.. tak tahulah..betapa malasnyee... betapa saya berhibernasi di dlm dunia saya ..dunia yang seperti peti ais nie buat beberapa bulan...

alhamdulillah... buat masa ini..matahari sudah semakin kerap menyinarkan suria..bahangnya sudah sampai 16 darjah celcius...makin kerap juga saya buleh menyidai baju di belakang rumah. Haiwan2 kecil seperti siput mula keluar, daun2 mulai menghijau, langit yang biru semakin cerah kelihatan dan manusialah yang semakin gembira memanaskan badan di bawah cahaya sang suria ...termasuklah saya...(xcept kes swine-flu)

beberapa bulan sebelum..saya menerima panggilan dr seorang sahabat.. mengajak bercuti di north wales...alhamdulillah suami bersetuju..semua berjalan lancar...bercutilah kami baru-baru ini 3 family di kawasan indah yang disekelilingi bukit-bukau-gunung ganang....



batu-batan..



tasik...



tetapi apa yang lebih menggembirakan dalam percutian adalah....
melihat anak-anak bermain riang ria bersama-sama..
mendengar jerit tawa,gurau senda anak-anak yang gembira..



dan yang lebih bermakna dalam gurau senda sebenarnya adalah... menjalinkan silaturrahim....
moga2 ukhwah ini diberkati Allah...



Snowdonia
April 24-27 April

Tuesday 9 December 2008

salam aidil adha


di aidil adha ini, semoga anda semua bergembira dan berbahagia di samping keluarga tersayang.maaf zahir batin dr kami sekeluarga.

Sunday 28 September 2008

salam aidilfitri



walau di mana anda berada
salam aidilfitri dr kami sekeluarga
moga meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.