Sunday 20 April 2008

Model village..

Weekend lepas kami ke salah satu model village di uk. sebenarnya agak banyak juga taman2 binaan yang meniru binaan2 terkenal seperti stonehedge,jambatan, dll.
yang terdekat dgn rumah kami adalah model village babbacombe, di mana kebanyakkan model adalah rumah2 org british seperti chocolate box,semi-d, school, care centre dll. semua model2 termasuk pokok2,orang2, dan kereta adalah kecil dan begitu comel.

sedikit gambaran model village...







Harga bayaran di kenakan utk seorang dewasa adalah £7.50 dan kanak2 antara 5-13thn adalah £5.50.entry juga buleh setahun sekiranya bayaran di bayar 2 kali ganda. pada mulanya mahu sahaja kami membayar lebih,tapi bila fikir2kan, banyak lagi miniature park begini buleh di lihat, tidak jadilah hasrat kami tadi.
bukan apa, mmg tmn ini hanya ada model bangunan sahaja, tapi.. di sebaliknya saya rasa ada sesuatu juga yang buleh kita manfaatkan.saya melihat yg dtg adalah kebanyakkannya kanak2 yang dtg dgn nenek, ada juga yg datang bersama dgn bapa sahaja, seolah2 mereka dtg bukan seperti kami yg dtg seperti pelancong,tetapi mereka seperti ada kerja sekolah yang perlu di buat dgn menjadikan model village sebagai inspirasi.

alangkah bagus kalau anak saya sudah besar,(atau kami lame di uk..:D) jadi dia akan lebih menghargai apa yang dilihat dan barangkali buleh menjadi inspirasi dalam kehidupannya.ini kerana bila saya melihat model2 kecil ini saya teringatkan anak rakan saya,wardina. yg mana anaknye membuat model rumah bersama ayahnya.tapi tak apalah, moga2 gambar2 yang kami tangkap utk beliau akan dapat menjadi kenangan dan sesuatu yang berguna dlm kehidupan beliau akan datang.

Sunday 13 April 2008

terima kasih rakan..

selepas kedatangan family farah dan kak su, family wardina pula datang melawat kami. wardina adalah salah seorang sahabat saya semasa belajar di ukm. wardina datang bersama keluarganya dan juga mak dan ayah yang dtg melawat dr malaysia. kedatangan wardina menambah ceria kehidupan saya kerana kami mula bercot-cet tentang kehidupan masing2. almaklumlah, sudah lama tidak ketemu.rasenye pada tahun akhir pengajian kami sudah tidak berhubung kerana sibuk dgn latihan industri dan project final masing2.

family wardina..
anak2nye pandai melayan anak saya..


sepanjang saya menjadi tuan rumah, tidak putus2 mereka yang berada di rumah mengucapkan' ala-sudah2 dah la mei'... 'ala mei..jgn le susah2'..
kadang2 rase.. alamak.. ape nak cakap balik nih..ehehehe..
tapi...sebenarnye bagi saya ,semuanye tidaklah begitu susah sangat. menyediakan makanan, memang saya buat hari2, cume bezanye.. kuantiti makanan yang disediakan jelah dibanyakkan. mungkin jugak ade sedikit berbeza kerana kadang2 tak perlu bangun awal pagi utk memasak.. tapi titik peluh yang dikeluarkan berbaloi sebenarnya.

Dgn anak yang saya merasa seronok melihat abang2 bermain.(alamak mmg yang datang sume baby dan abang boylahhh..hehe), saya belajar resipi baru, belajar petua baru, dan yang best.. saya tahu jugaklah cara memasak makanan saya betul atau tidak.. kerana sudah lame sangat, tidak ade contoh utk saya lihat utk memperbetulkan masakan saya.
well.. time kasih chef2 sume.

keadaan yang riuh rendah jugak membuatkan hati saya gembira kerana ,sudah lama saya tidak mendengar riuh rendah di dlm rumah.teringat sangat pada keluarga di malaysia. walaupun saya tinggal bersama arwah opah dan atok di kampung, tapi membesar bersama mak sedara yang semuanya 11 org, adalah bil yg agak ramai. keluarga mak dan ayah saya buleh di katakan seperti di dlm cerita'home alone' yg mana semuanya selalu kecoh2( 8 adik beradik) , dan setiap seorang mempunya feel masing2. kadang2 perjalanan yang sepatutnye bertolak pagi, tapi disebabkan ade yg berlengah2 atau terhegeh2(kate org perak) tertunda ke petang.malah kami juga asik suke bercerita dan berdebad dgn pendapat masing2.
jadi bile sume berkumpul di kampung, dirumah pah dan tok, memang hiruk pikuk. tapi alhamdulillah rumah pah yang mempunyai 8 bilik cukup menampung sume family.bukan juga setakat kenduri kendara, bile hari raya , sayalah juga dikatakan org penting , (walaupun saya rase, apalah sangat dorang nih asik suke panggil name umei?)tapi saya tetap jd org buruan kerana barang2 di dlm rumah saya yg tahu dan kene entertain mereka2 ,memandangkan saya yg tinggal di rumah bersama arwah pah dan tok.
kunjungan rakan2 ke rumah saya benar2 menambah skill saya melayan tetamu..konon..nyekan...hehehehe..dan agak2nye kalau saya dah balik ke mesia , saya pulak ke di buli menjadik chef baru..argh..tidakkkkkk2.....

Alhamdulillah, walaupun suami saya ade sikit2 sakit( batuk2)tapi semuanya okeh. perjalanan yang walaupun ada yang tidak menyeronokkan kerana angin kuat, tapi rasenye buleh jugalah di jadikan ilmu baru. sekurang2nye mereka ada gambaran bagaimana area south england .

harapan saya, semoga mereka tidak serik datang ke rumah saya lagi. maafkanlah jika ada terlebih atau terkurang.saya gembira menerima kedatangan anda semua.saya sentiasa memegang bahawa.. walaupun sesuatu itu menyusahkan pasti ade hikmah di sebaliknya.jadik utk memperoleh sesuatu yang baru, bersusahlah utk kehidupan yang lebih baik.. utk kehidupan dunia dan akhirat.

Sunday 6 April 2008

semasa easter..

easter adalah hari2 yang ditunggu2 oleh kami. tapi bukan kami sahaja rasanya. hampir semua stdnt atau warga malaysia yg berada di sini menantikan cuti ini, selain krismas.. utk berjalan2.jadi bagi kami,kami menunggu kedatangan sahabat2 kami dr notts( midlands) utk berjalan2 bersama kami di bahagian selatan uk.
cadangannya kami akan bercuti area devon and cornwall..
tapi disebabkan faktor cuaca dan angin, kami hanya berjaya melawat cornwall sahaja, itupun hanya melawat st mount michael, lands end dan eden project sahja.

st moutn michael..
cadangannya kami mahu ke castle di pulau sana. buleh melalui dua cara: berjlan kaki atau menaiki boat. kami bercadang utk berjalan kaki. tapi almaklumlah semua family membawa stroller masing2. mane nak sampai, menolak di atas pasir. angin pulak mcm ribut.patah la kami balik dan menuju ke lands end.


gambaran lands end.. penghujung selatan england..


gambar yang sempat saya tangkap. sekejap sahaja saya keluar dr kereta. angin terlalu kuat.rasa macam nak terbang. tak lama kemudian saya mengajak suami memandu kereta jauh sedikit dr area laut. risau kereta pulak terbang...

"

pada hari ke-3 kami berjlan2 pula di eden project.ala2 bukit cahaya shah alam kot. entahlah..saya pun tak pernah ke bukit cahaya. almaklumlah masa saya banyak di habiskan berada di kampung-bersama arwah nenek dahulu. tidak banyak berjalan2 macam org lain.tidak juga mengikut mak ayah berjalan ke sana sini.suke duk memerap dgn nenek kot.:D alhamdulillah rezeki saya skrg dapat pula merantau ke negara orang.saya diberi peluang utk bukak mata ,lebih bersyukur dan melihat keindahan ciptaanNya...

berbalik kepada eden project..di dalam dome eden project ini menggambarkan suasana mediteranean dan suasana musim panas,sejuk.. dan yang bestnye.. gambaran yang dipaparkan utk musim panas adalah negara kite..hehehe.. negara malaysia. so jumpelah pokok pandan,pisang,sirih dll,papan tanda dalam bahasa malaysia, dan jugak pondok org malaysia. tapi macam tak puas hati.. sebab .. gambaran yg diberikan pada org yang tak pernah datang ke malaysia, hanyalah macam hutan belantara. heheeh..maybe jugak perancangannye 20 -30 thn yang lepas.. tapi..oklahh.. ..membuatkan kami ketawa melawat eden project ini..terubatlah jugak rindu.. walaupun hanya memandang suasana sahaja..


perjalanan ke eden peoject...dan gambaran eden dr luar.. sungguh besar dan cantik dome eden ini..


suasana mediterranean


alhamdulillah hari ke 4.. semua org berangkat pulang. kami menunggu tetamu lain.. dan mereka .. masih menikmati cuti easter ke bath pula...