Thursday 26 June 2008

sahabat sekolah..

baru2 ini..saya sibuk dan semakin aktif dengan yahoo groups email sekolah menengah saya.semua sahabat handai saya semakin aktif menulis dan memberi info tentang kehidupan,kerjaya dan nasihat.ada yang sudah mempunyai anak 3-4 org,mempunyai 2-3 buah rumah dan beberapa org sahabat handai yang berminat meniaga sudah pun semakin maju perniagaan mereka.

gembira? sudah tentu.. kerana mereka sahabat2 saya.rakan sekolah saya.yang mana kami semua membesar ,mengenali diri sendiri dan belajar bersama-sama untuk memiliki kehidupan yang lebih bagus utk dunia dan akhirat. alhamdulillah, bila kami sudah bertemu kembali.....perkembangan diri dan kehidupan masing2 jelas nyata maju dan berubah.

tapi kali ini saya memaparkan artikel sahabat saya yang telah berjaya mempunyai kedai sendiri..setelah lama mempunyai 2 anak syarikat....setelah lama menjadikan rumahnya sebagai kedai dan opis..:D......tahniah asiah!semoga bertambah2 berjaya..dan bertambah ramai bumiputra kite ke arah ini.http://www.muslimshoppe.com/



dan.. asiah ini jugalah yang mereka dan menghasilkan 'goodies bag'utk perkahwinan saya. saya sangat2 gembira dan berbangga kerana itulah goodies bag pertama yg tertulis nama saya..saya yang punya...citarasa saya...:).. harap2nye adalah lagi dan lagi kelahiran 'goodie bags' atas nama saya.....atau saya yang punya!



oh yer..tidak lupa sahabat saya yang mempunyai business cenderahati utk tetamu. tahniah juga zana. semoga semua suksess. http://www.sza-resources.com/



saya?? ermm.... harap2nye cepat2lah saya dapat menilai diri sendiri untuk memilih kerjaya yang saya benar2 gilai ,ada bakat dalamnya.. buleh berbakti kepada bangsa,negara ,agama,diredhoi Allah dan paling utama...... HANYA UNTUK ALLAH. amin.

5 comments:

Unknown said...

Salam,...
Best tengok kerjaya sahabat ume yg berjaya dlm perniagaan. Untuk pengetahuan, mud n azhar pun menceburi bidang perniagaan. Alhamdulillah, income kami telah mencecah RM6k sebln. Walaupun tidak mempunyai pendidikan yg tinggi, tapi masih bole berusaha untuk menambah pendapatan seisi keluarga...

Anonymous said...

alhamdulillah... sume sudah berjaya..

Anonymous said...

hebat2 member2 ko..pandai berbiznez..nnt balik mesia leh aku cari diorg ni ek..

farah

Anonymous said...

bulehhh ..itu yang ade webpage.. yg takde tuh lagi rame..eheheh

Anonymous said...

income memang boleh dicari, tapi belajar tinggi2 tak semua org berpeluang & terpilih.

hargailah ilmu, lebih dari harta.

kata sahabat nabi,
ada harta, kita kena jaga ia.
ada ilmu, ia jaga kita.

rm6k sebulan kalau dicuri, habis semuanya. ilmu di dada, kalau dibagi sebanyak mana pun pada org lain, takkan habis punya bahkan akan bertambah2.

bukan memperkecilkan, tapi saya rasa perlu kita betulkan sikap kita yg memandang tinggi pd harta. pandanglah sebagaimana Allah SWT ajar kepada kita, bhw darjat org yg berilmu itu lebih tinggi di sisi-Nya.

maaf jika terkasar bahasa.