Sunday 15 June 2008

Car boot

Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah ke england berkenaan tarikan dan atau apa yang mereka begitu suka berkenaan england.Jawapan mereka buleh di didengari samada 4 musim,pemandangan yg cantik,barangan yang murah atau sistem teknologi yang bagus.Tapi yang pasti mereka tidak akan meninggalkan perkataan'car boot'.Begitu juga saya ,walaupun berada di kawasan peranginan ,tidak akan terlepas untuk pergi lagi dan lagi ke car boot sales.Alhamdulillah pula sekarang musim panas,maka semakin banyak jualan dan pelbagai barangan buleh di lihat.

Carboot ini sebenarnya adalah jualan yang dijalankan di belakang kereta , pada tempat2 yang di dibenarkan.Tiada lesen dikenakan,cuma bayaran utk sesiapa yang menjual dan pada setengah2 tempat pula dikenakan bayaran kepada sesiapa yang masuk ke tempat jualan.Oleh itu,memang ramai yang dtg menjual barangan sendiri samada second hand atau baru.Hari juga bergantung pada setengah2 tempat yang mane selalunya diadakan pada hari sabtu dan ahad,di kawasan lapang seperti padang atau tepi2 parking kereta.Cuma bila musim sejuk,disetengah2 tempat dijalankan di tempat tertutup seperti stadium atau dewan.


contoh carboot yang diadakan di padang.



Saya masih ingat dahulu,sewaktu saya tengah gila utk ke carboot, walaupun anak kecik baru lahir,saya menyuruh juga suami pergi ke carboot,mencari alat2 permainan utk anak saya.Hehehe..memang kalau di ingat2kan agak kelakar,sebab kami merasakan,carboot lah sebenarnya tempat utk membeli segalanya,kerana barangannya murah,walaupun second hand tapi masih elok dan cantik, pelbagai jenis barangan buleh di nilai, dan mendapat barangan pada harga yang amat murah,memang seronok.

Pada seingat saya,kadang2 tak sampai £10 sudah penuh bonet kereta dengan pelbagai barangan.Apatah lagi kalau berkongsi kereta dengan rakan2. pernah sekali saya menumpang kereta rakan,kami membeli hingga tidak muat bonet keretanya..dan kami bergurau dgn menyatakan,sesiapa yang mahu beli kereta,patut beli kereta 8 seater ,supaya senang utk membawa barangan dr carboot.

Memang iye,bukan saya sahaja yang suke ke carboot,tapi hampir kebanyakan rakan2 saya begitu juga.Apatidaknya,kadang2 barang berharga seperti televisyen yang berharga £50 buleh jatuh sehingga £3 atau £1 sahaja.sementara mengumpul duit utk membeli tv flat screen berharga £300 keatas..apasalahnya memakai barangan biasa.begitulah pendapat kami di sini.dan sekiranya tidak mahu barangan2 yang dibeli,baik disedekahkan shaja kepada mereka yang baru sampai di sini.Lapang dada mereka,pahala juga buleh diperolehi,insyaAllah.


Antara jualan car boot


kereta yang berharga £3



semua buku ini berharga £3.25




hiburan utk kanak2 disediakan juga..

4 comments:

Anonymous said...

cayalah umei..byk gak gmbo2 ko amik kt carboot ek..ni kt notts ke kt plymouth ni..aku skrg da jarang gi carboot da..bkn pasal ape..umh da penuh..sume nyer sampah..tak tau nk sumbat mana da..nmpk gayanyer kena cari umh beso sket la pasni...

farah

Anonymous said...

hahahaha... itu lah farah.bukan aje kene beli kete beso....rumah pun kene beso kan..ade gambo plymos ade notts..

azzalyzaa said...

hai umei..kat shah alam pun ada carboot ni..tapi kita x pernah p lak.. :D

Anonymous said...

kite pun dgr jugak..
tp tahu pun bile dah tak duk shah alam...jd tak le pernah pg ...