Tuesday 9 June 2009

Parcel..

Selalu saya menerima parcel dari adik atau keluarga yang mengandungi 'm******n' atau pakaian. Tetapi kali ini saya mengambil kesempatan dr sahabat yang menjual buku utk membeli beberapa buah buku yang masih di dalam simpanannya. Hajat di hati mahu membeli buku untuk si anak kecil, tetapi agak terlewat , buku yang ada kebanyakannya sesuai untuk bacaan saya. Alhamdulillah, beberapa buku yang saya idam-idamkan dari dulu ada.




Pengeposan parcel ke luar negara melalui laut seperti ini mengambil masa dalam 1-2 bulan lebih dengan kadar bayaran tertentu pada jumlah timbangan yang di hadkan. Saban hari menunggu akhirnya ,sampai jua di pagi minggu lepas.Seronoknya menerima buku-buku ini umpama seronok berjumpa rakan-rakan sekolah pula umpamanya..eheheh.

Memang semenjak saya menetap di negara orang putih ini, banyak masa di habiskan menonton tv dalam bahasa orang putih, bercakap dalam bahasa orang putih dan semestinya membaca dalam bahasa org putih. Kadang-kadang penin laaa...kepala saya nak translate bahasa yang tidak saya agung-agungkan suatu masa dahulu ni.Nak buat macam mana, dulu suruh belajar elok-elok tidak mahu. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya melihat-lihat dunia luar menambahkan pengalaman dan ilmu serba sedikit..

Saya memang memerlukan buku-buku ilmiah dan kerohanian ini, memandangkan hidup di luar negara ini tidaklah seperti hidup di dalam negara sendiri. Sekiranya mahu itu ini semuanya tersedia, keluarkan ajelah duit yang ada, kelas-kelas memasak , kelas agama atau bahasa semuanya senang di cari..Tambahan pula tempat saya ini adalah kawasan pelancongan, tidak ramai muslim, jadi kewujudan kedai-kedai dari muslim seperti pakistan dan bangladesh tidaklah serancak di kota London sana,apatah lagi kedai-kedai yang menjual buku agama.Jadi terima kasih banyak2 kepada sahabat saya yang sudi mengeposkan buku-buku ini kepada saya.Terima kasih lagi dan lagi dan daun keladi.3 bulan lagi,bulah lah order buku lagi yer..eheheheehe...

No comments: