Wednesday 13 February 2008

salah satu tontonan...

salam..
Saya banyak menghabiskan masa menonton tv, dan hampir kebanyakan rancangan pilihan saya adalah reality show. Di sini begitu banyak tayangan mengenai kehidupan manusia samada kehidupan gadis, keluarga, komuniti, malahan memaparkan kekayaan yang dimiliki.salah satu pilihan reality show saya adalah bertajuk WIFE SWAP.
Wife swap adalah rancangan bersiri yang mana menceritakan bagaimana 2 buah keluarga menjalani kehidupan di hadapan kamera dengan menukar tempat kedudukan isteri masing2. Pada minggu pertama perempuan-perempuan itu akan menjalani kehidupan sebagai isteri keluarga baru dan pada minggu kedua barulah mereka berpeluang memperkenalkan gaya hidup mereka kepada keluarga yang mereka duduki itu.

siri baru yang saya lihat kali ini lebih mencabar dimana keluarga pertama hidup sebagai 'freegan' iaitu hidup adalah utk tuhan,membantu masyarakat ,tidak perlu bekerja,rumah mereka adalah camper van(ada dapur, katil dan toilet), malah mencari rezeki dengan menyelongkar tong sampah .keluarga kedua pula adalah keluarga milionare yang mane suaminya bekerja keras ,isteri sebagai suri rumah sepenuh masa dan keluarga ini membelanjakan duit yang banyak utk menjalani kehidupan yang mewah dan selesa .

Masalah mula timbul apabila isteri millionaire tidak selesa tidur di dlm camper van walaupun pada mulanya dia merasakan aktiviti menyelongkar tong sampah rumah orang pada malam hari adalah menyeronokkan, dia juga merasakan keluarga freegan ini adalah pemalas dan keadaan tidak adil apabila mereka tidak bekerja, mereka tidak perlu membayar tax tetapi masih memperolehi benefit yang same dr kerajaan seperti kemudahan perubatan.
Isteri freegan juga tidak selesa dgn kehidupan keluarga millionaire yang membelanjakan duit yang banyak seperti membelanjakan 10,000 pound utk hadiah harijadi anak mereka, dan membuat perubahan pada minggu kedua di dalam keluarga tersebut dgn bahawa lebihan makanan tidak akan di buang dan perlu di habiskan walaupun sedikit. selagi makanan malam tidak habis maka tiadalah sarapan pagi.malahan apabila dia mula merancang pembelian barangan dapur dengan membeli makanan 'smart price', beliau mendapat tentangan dr keluarga tersebut.

Minggu kedua adalah masa yang diberikan kepada mereka utk memperkenalkan cara hidup mereka kepada keluarga baru yang mana sememangnye muncul pelbagai ketidak puasan hati bagi kedua-dua pihak.Diakhir cerita kedua2 suami isteri akan duduk semeja dan berkongsi pendapat dengan cara kehidupan masing2 yang mana di tunjukkan juga setelah beberapa bulan apa perubahan baik yang mereka lakukan kesan dr rancangan tersebut.

Ini adalah salah satu contoh tayangan realiti yang agak saya minati dan banyak ilmu boleh di ambil. bermacam2 lagi kisah seperti kisah keluarga yang hidup di dalam boot dan pertukaran isteri seorang islam ke dalam keluarga athis dulu juga membuatkan saya berdebar2 sepanjang melihatnya.
tapi apa yang pasti.. walaupun ada ahli keluarga yang menentang perubahan yang perlu mereka lakukan , rancangan ini tetap menjadi pilihan ramai dan masih ramai isteri dan keluarga yang sudi utk menyertai rancangan ini hinggakan sekarang sudah siri ke 9.
Agaknya jika tayangan seperti ini ada di malaysia, mungkin pelbagai pendapat dapat kite huraikan dari episod ke episod.

Yang pasti kita selalu merasakan kehidupan atau perbuatan kita adalah cukup dan baik , sehingga kadang2 lupa utk mempelajari sesuatu yang baru dalam setiap hari. lupa utk menambah ilmu pada satu2 peringkat. lupa utk menambah iman pada satu2 tahap. selalu menganggap inilah yg termampu dilakukan. Yelah kadang2 kite juga tidak tahu ape yang kurang dan dimana perlu di betulkan .dan selalunya amatlah susah utk menerima pendapat orang sehinggalah kita dikritik dgn begitu kuat atau di beri dugaan yang hebat .
Tapi sebenarnya masih ramai juga manusia yang sanggup melebihi limit diri utk mencapai kehidupan yang baik.kalau tidak,manalah ade manusia yg buleh mencapai taraf millionaire, multi millionaire atau alim ulamak. rasenye semuanye terpulang pada bahu masing2.Moga2 kita semua di tunjukkan jalan yang lurus dan di berikan yang terbaik utk kehidupan masing2 di dunia ini.amin.

5 comments:

Anonymous said...

umei..aku pun suke gak tgk wife swap ni..tp sll terlepas sbb tak tau kul brp n hari ape..klu tgk tu nasib je...tuko2 channel terjumpa..

farah

Anonymous said...

yang siri baru.. hari ahad pukul 8 malam. aku selalu ingat sebab selalu tgk dancing on ice pukul 6.hehehe..

Anonymous said...

Salam, umei. I'm enjoy reading your story in this blogs. paling terperanjat wardina ada sekali. apa pun aku happy tgk keadaan ko sekarang.

Chiow..

Naza said...

eh aku lupa nak cakap sapa aku...naza la...

Anonymous said...

hehehe..naza2.. nanti ko buat jugaklah blog sendiri. rindu aku nak dgr cite ko. anyway.. semoga kite sume happy dan berada dibwh lindungan dan keberkatanNYa.