Saturday 6 October 2007

busy..busy ...

hehehhe....
kenapa aku busy yerkk..

Semua orang akan mengalami susah senang dalam hidup..
apatah lagi apabila hidup di perantauan.
alamaklumlah..kalau di negara sendiri..
paling teruk takde duit.. buleh jugak bercucuk tanam..
buleh jugak turun le lembah mencari pucuk paku..(aku tak wat la gitu)..
tapi di sini berbeza..cuaca..persekitaran..dan terutamanya family..jauh dimata.. (walaupun buleh online webcame)..hehehe..
susah senang di tanggung sendiri..
susah senang menangis sendiri
susah senang hanya Allahlah sahaja tempat mengadu..
dan yang pasti.. susah senang hanya ada rakan-rakan disini..

Jadi bila saja kami semua di sini berpeluang atau berkesempatan membantu rakan-rakan satu negara sendiri.. kami akan bantu..
walaupun menghulurkan bantuan sebanyak £5 pound...
atau menghulurkan kurang dari amaun tersebut..
atau setakat menghulurkan bekas airkrim yang digunakan..
atau menghulurkan minyak angin yu yi, atau gamat..
atau menghulurkan selimut,pakaian, pinggan mangkuk yang tidak lagi diperlukan
semuanya kami recycle dan guna sehabis baik..

Jadi kebiasaan yang kami lakukan di sini adalah menerima tetamu dr negara sendiri..
yang mane mereka juga merantau utk menimba ilmu dan memerlukan bantuan awal bagi memulakan kehidupan..
Maka kami sekeluarga tidak lepas dari tanggungajawab tersebut..
dan menerima tetamu dari universiti islam antarabangsa.
Apa yang kami cube bantu adalah.. memberi tempat perlindungan selama mana mereka belum mendapat rumah sendiri, makanan, bersama mencari rumah utk mereka, dan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan nasihat yang agak penting.
selainnya bergantung kepada mereka membuat pilihan corak kehidupan bagaimana yang mereka mahu lalui.

Tapi hehehe...seperti biasa.. rumaizah kan..hehehe..lain dr pada yang lain..
sepatutnye tuan rumah memasak utk tetamu..
tapi nak dijadikan cerita.. saya , suami, tetamu (lelaki)kene food poisoning.hehehe..
paling teruk kena adalah saya. muntah , cirit dan bdaan yang lemah menjadikan sebab untuk saya tidak memasak.. dan kakak tetamu tuh pulak yang memasak utk kami sekeluarga..hahaha..tapi alhamdulillah nasib baik 2 hari aje.. yang selebihnye...kami banyak menerima jemputan berbuka puasa di rumah kakak2 di sini.

Dan alhamdulillah juga.. puasa disini tidak jauh sangat dengan malaysia.. bersahur lebih kurang 4.30 pg dan berbuka juga lebih kurang waktu yang same. cume skrang agak cepat. berbuka dalam pukul 6.30ptg.Jemputan berbuka puasa juga ada tiap2 minggu.. dr rumah ke rumah org lain..sekurang2nye merasa jugalah merasa laksam, sate dan hidangan2 yang enak yang saya jarang masak di rumah.

antara gambar semasa berbuka pose di sini..

Di rumah kak za..



Berbuka bersama warga NMC..

No comments: