Tuesday, 9 December 2008

salam aidil adha


di aidil adha ini, semoga anda semua bergembira dan berbahagia di samping keluarga tersayang.maaf zahir batin dr kami sekeluarga.

Sunday, 28 September 2008

salam aidilfitri



walau di mana anda berada
salam aidilfitri dr kami sekeluarga
moga meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Monday, 1 September 2008

Ramadhan Mubarak

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Dengan itu saya juga memohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan ada tutur kata,coretan atau tingkah laku saya mengguris hati. Selamat menyambut bulan ramadhan dan moga ibadah ramadhan ini lebih baik dr yang sebelum.

Thursday, 7 August 2008

sudah lama saya menyimpan video ini..
hari ini saya melihat kembali..
terkenang zaman belajar multimedia di ukm..
dan belajar bahasa jepun di uitm..
saya pun tidak tahu kenapa..
walaupun duduk dnegara eropah..
pandangan saya masih ke jepun..
jika satu hari berpeluang belajar atau bekerja di sana..
em... alhamdulillah....


Thursday, 17 July 2008

Pick Your Own Fruits..

Minggu ini saya mengajak rakan2 handai memetik buah di kawasan ladang terdekat.mahu pergi jauh, masing2 sibuk dengan pengajian dan kerja.Jadi saya memilih ladang buah kitley di tempat saya juga, tidak kurang jauh setengah jam dr rumah.disini ada juga tanaman sayur-sayuran, tetapi tujuan kami datang adalah utk memetik buah-buahan,jadi sebaik sahaja sampai kami menuju dahulu ke tanaman buah gooseberry.buahnya lebat berbuah, dan agak manis.

buah gooseberry



kemudia menuju ke tanaman raspberry..
pokok raspberry





hasil kutipan


pokok blackcurrant
buahnya masam dan kecil
saya hanya memetik sedikit sahaja,cadangnya utk membuat smoothie




strwawberry
paling lama memetik buah adalah tanaman strawberry ini kerana buahnya agak tersorok kedlam tetapi memang seronok,sebab buahnya banyak



hasil kutipan
memang manissss......
tak payah celup dengan coklat pun sudah puas hati




gambaran di ladang
semua orang sibuk menjadi peladang percuma..ehehehe..



disitu disediakan juga kedai
dan kemudahan utk membeli buah2an dan sayur segar
jem dan snack home made jua ada.



berkelah setelah penat memetik hasil tanaman..ehehe



di ...bovisand

Wednesday, 9 July 2008

summer

Bila musim panas.. cara hidup semuanya berubah.. bak dr segi masa ,pakaian, makanan,atau hiburan.subuh bermula 3 pagi..dan isyak pula 11.30 mlm.bayangkan betapa singkatnya malam..dan betapa panjangnye siang. semua org menjadi aktif kembali,bagai disuntik vitamin D..berjalan ke sana sini,bermain sehingga pukul 9 malam, dan menjalani masa dgn pelbagai aktiviti. Begitu juga kami..terikut2 budaya orang tempatan..antaranya..

menghadiri malaysian festival:



berjalan2 di market..(pelikkan..market hanya musim panas aje..)



keluar mencari cahaja matahari ke pantai...



berkelah di blackpool sand..

juadah kami..


begitu jernih air laut..pantai yang berdekatan dgn bukit bukau




bbq samada dirumah



atau bersama rakan2



bunga di mana2..



dibelakang rumah pun berbunga lebat



rumput jua ada bunga..cantikkan..

Thursday, 26 June 2008

sahabat sekolah..

baru2 ini..saya sibuk dan semakin aktif dengan yahoo groups email sekolah menengah saya.semua sahabat handai saya semakin aktif menulis dan memberi info tentang kehidupan,kerjaya dan nasihat.ada yang sudah mempunyai anak 3-4 org,mempunyai 2-3 buah rumah dan beberapa org sahabat handai yang berminat meniaga sudah pun semakin maju perniagaan mereka.

gembira? sudah tentu.. kerana mereka sahabat2 saya.rakan sekolah saya.yang mana kami semua membesar ,mengenali diri sendiri dan belajar bersama-sama untuk memiliki kehidupan yang lebih bagus utk dunia dan akhirat. alhamdulillah, bila kami sudah bertemu kembali.....perkembangan diri dan kehidupan masing2 jelas nyata maju dan berubah.

tapi kali ini saya memaparkan artikel sahabat saya yang telah berjaya mempunyai kedai sendiri..setelah lama mempunyai 2 anak syarikat....setelah lama menjadikan rumahnya sebagai kedai dan opis..:D......tahniah asiah!semoga bertambah2 berjaya..dan bertambah ramai bumiputra kite ke arah ini.http://www.muslimshoppe.com/



dan.. asiah ini jugalah yang mereka dan menghasilkan 'goodies bag'utk perkahwinan saya. saya sangat2 gembira dan berbangga kerana itulah goodies bag pertama yg tertulis nama saya..saya yang punya...citarasa saya...:).. harap2nye adalah lagi dan lagi kelahiran 'goodie bags' atas nama saya.....atau saya yang punya!



oh yer..tidak lupa sahabat saya yang mempunyai business cenderahati utk tetamu. tahniah juga zana. semoga semua suksess. http://www.sza-resources.com/



saya?? ermm.... harap2nye cepat2lah saya dapat menilai diri sendiri untuk memilih kerjaya yang saya benar2 gilai ,ada bakat dalamnya.. buleh berbakti kepada bangsa,negara ,agama,diredhoi Allah dan paling utama...... HANYA UNTUK ALLAH. amin.

Sunday, 15 June 2008

Car boot

Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah ke england berkenaan tarikan dan atau apa yang mereka begitu suka berkenaan england.Jawapan mereka buleh di didengari samada 4 musim,pemandangan yg cantik,barangan yang murah atau sistem teknologi yang bagus.Tapi yang pasti mereka tidak akan meninggalkan perkataan'car boot'.Begitu juga saya ,walaupun berada di kawasan peranginan ,tidak akan terlepas untuk pergi lagi dan lagi ke car boot sales.Alhamdulillah pula sekarang musim panas,maka semakin banyak jualan dan pelbagai barangan buleh di lihat.

Carboot ini sebenarnya adalah jualan yang dijalankan di belakang kereta , pada tempat2 yang di dibenarkan.Tiada lesen dikenakan,cuma bayaran utk sesiapa yang menjual dan pada setengah2 tempat pula dikenakan bayaran kepada sesiapa yang masuk ke tempat jualan.Oleh itu,memang ramai yang dtg menjual barangan sendiri samada second hand atau baru.Hari juga bergantung pada setengah2 tempat yang mane selalunya diadakan pada hari sabtu dan ahad,di kawasan lapang seperti padang atau tepi2 parking kereta.Cuma bila musim sejuk,disetengah2 tempat dijalankan di tempat tertutup seperti stadium atau dewan.


contoh carboot yang diadakan di padang.



Saya masih ingat dahulu,sewaktu saya tengah gila utk ke carboot, walaupun anak kecik baru lahir,saya menyuruh juga suami pergi ke carboot,mencari alat2 permainan utk anak saya.Hehehe..memang kalau di ingat2kan agak kelakar,sebab kami merasakan,carboot lah sebenarnya tempat utk membeli segalanya,kerana barangannya murah,walaupun second hand tapi masih elok dan cantik, pelbagai jenis barangan buleh di nilai, dan mendapat barangan pada harga yang amat murah,memang seronok.

Pada seingat saya,kadang2 tak sampai £10 sudah penuh bonet kereta dengan pelbagai barangan.Apatah lagi kalau berkongsi kereta dengan rakan2. pernah sekali saya menumpang kereta rakan,kami membeli hingga tidak muat bonet keretanya..dan kami bergurau dgn menyatakan,sesiapa yang mahu beli kereta,patut beli kereta 8 seater ,supaya senang utk membawa barangan dr carboot.

Memang iye,bukan saya sahaja yang suke ke carboot,tapi hampir kebanyakan rakan2 saya begitu juga.Apatidaknya,kadang2 barang berharga seperti televisyen yang berharga £50 buleh jatuh sehingga £3 atau £1 sahaja.sementara mengumpul duit utk membeli tv flat screen berharga £300 keatas..apasalahnya memakai barangan biasa.begitulah pendapat kami di sini.dan sekiranya tidak mahu barangan2 yang dibeli,baik disedekahkan shaja kepada mereka yang baru sampai di sini.Lapang dada mereka,pahala juga buleh diperolehi,insyaAllah.


Antara jualan car boot


kereta yang berharga £3



semua buku ini berharga £3.25




hiburan utk kanak2 disediakan juga..

Sunday, 1 June 2008

Britain's Got Talent..

Minggu lepas..adalah minggu terakhir saya melihat siaran langsung britain's got talent.rancangan ini seperti american idol juga di mana ia adalah pertandingan berupa siaran langsung. Bezanya pertandingan britain's got talent ini membenarkan semua peringkat umur menyertai,menggunakan apa sahaja perkakas dan yang paling penting adalah mempunyai bakat yang istimewa dan mampu menarik perhatian umum utk mengundi paling banyak adalah pemenang. Pemenang hanya tempat pertama sahaja dan dihadiahkan wang berjumlah £100,000 dan akan mengadakan persembahan utk Royal Variety Performance.Rancangan ini di hakimi oleh 3 org artis atau celebrity ternama , dan berjaya menarik 12 million penonton .

err.. hehe..nampaknya saya sekeluarga juga termasuk di dalam bilangan peminat setia britain's got talent setiap tahun.Rancangan ini memang seronok di tonton dan hairannya setiap tahun pasti akan lahir bakat2 baru yang istimewa dan rakyat britain ini pula memang sanggup memvolunteerkan diri masing2 di hadapan kamera utk dihakimi walaupun menerima kritikan yang sangat pedas utk mengesahkan mereka sebenarnya mempunyai talent atau hanya adalah kegilaan sahaja. Antara mereka yang berjaya menarik perhatian umum adalah :


Strike: Bakat mereka berkarate..



Kate and Gin: Anjing yang bijak selalunya mmg berjaya menarik perhatian orang2 putih di sini.



Persembahan kumpulan tarian kanak2.Bakat kecil yang bertenaga.



Remaja yang mahir dgn bakat bermain bola..




Bakat yang diperolehi setiap tahun...persembahan nyanyian soprano.Fairyl yang hanya berumur 12 tahun.



dan tarian berduet kanak2:Memang comelllllll....



persembahan kumpulan menggunakan alat muzik.Seksi dan klasik.



tidak lupa penyertaan tarian indian yang berjaya meletakkan diri mereka hingga ke peringkat akhir.



tetepi saya suka perjalanan budak lelaki ini,yang tidak berjaya utk ke peringkat semifinal tahu lepas..tetapi berjaya pd tahun ini..George Sampson..



dan akhirnya ke final dan berjaya menjadi pemenang britains got talent 2008.


oh ya..Untuk melihat simon cowell senyum dan gembira sahaja...tontonlah britain's got talent.

Wednesday, 14 May 2008

pop corn..

semalam..semalam..
ibu saudara saya membeli popcorn..
saya ingatkan popcorn mesti di masak menggunakan bekas khusus utk memasak pop corn..
rupanye buleh juga di masak di atas dapur atau di atas microwave
dan mengapa namanya 'pop'corn..
ini adalah cubaan pertama saya memasak pop corn di dlm periuk...



hasilnya..

Sunday, 11 May 2008

bank holiday awal may..

bank holiday datang lagi... inilah mase utk berjalan2.. melihat keindahan alam sambil melawat rakan dan sahabat handai.seperti cuti lalu, kami tidak menempah mane2 tempat penginapan, jadi mahu berjalan2 di area kami sahaja. tidak kurang cantiknye tempat kami ini kerana berdekatan dgn laut dan bukit bukau yang dijaga.alhamdulillah, rakan kami mahu melawat kami, maka bertambah seronok perjalanan kami nanti.

pada hari pertama, rakan kami melawat ke cornwall,tapi disebabkan kami sudah pun pernah ke cornwll, jadi kami tidak ikut sama. cume hari ke dua kami membawa rakan2 kami berjalan2 disini, di devon. alhamdulillah, tempat yang mereka ingin lawati belum lagi kami pernah sampai dan kami berpakat utk menaiki keretapi steam .kami akhirnya mengambil package yang berharga £15 seorang yang mana merangkumi perjalanan keretapi dr paignton-dartmouth,+ferry+cruise.

sepanjang perjalanan kami melalaui desa2 orang putih,hutan belantara, terowong dan bot-bot kepunyaan persendirian.yelah, mat saleh ini, dengarnye makin duduk di hujung kampung, makin kaya.jadi tidak mustahil sesiapa yang duduk di tepi pantai mempunyai bot sendiri.

sekitar stesen keretapi steam paignton



menunggu ferry utk ke pekan dartmouth...


pekan dartmouth


di atas cruise..
pemandangan rumah2, dan sejarah2 kawasan sekeliling akan di ceritakan oleh pemandunye..


sebelum balik..sempat pula kami berjalan2 dipekan paignton ini.pekannye seperti fun fair. berwarna warni, dan tidaklah elegen seperti pekan2 lain yang ade kedai2 berjenama.seperti kedai di kuale kangsar pun ade,kerana kedainye menjual barangan lambakan dan murah.


kami juga singgah makan di torquay..salah satu pekan yang cantik di devon. tapi tak sempat menangkap gambar pekannya.hanya singgah di salah sebuah tempat persinggahan utk makan dan beristirehat.


alhamdulillah perjalanan kami bercuti bersama rakan2 kali ini agak puas hati. tidak ade angin kuat dan cuaca agak panas.semoga kami berjumpa lagi,jika diizinkan Allah dan merapatkan lagi tali silaturrahim.

Sunday, 20 April 2008

Model village..

Weekend lepas kami ke salah satu model village di uk. sebenarnya agak banyak juga taman2 binaan yang meniru binaan2 terkenal seperti stonehedge,jambatan, dll.
yang terdekat dgn rumah kami adalah model village babbacombe, di mana kebanyakkan model adalah rumah2 org british seperti chocolate box,semi-d, school, care centre dll. semua model2 termasuk pokok2,orang2, dan kereta adalah kecil dan begitu comel.

sedikit gambaran model village...







Harga bayaran di kenakan utk seorang dewasa adalah £7.50 dan kanak2 antara 5-13thn adalah £5.50.entry juga buleh setahun sekiranya bayaran di bayar 2 kali ganda. pada mulanya mahu sahaja kami membayar lebih,tapi bila fikir2kan, banyak lagi miniature park begini buleh di lihat, tidak jadilah hasrat kami tadi.
bukan apa, mmg tmn ini hanya ada model bangunan sahaja, tapi.. di sebaliknya saya rasa ada sesuatu juga yang buleh kita manfaatkan.saya melihat yg dtg adalah kebanyakkannya kanak2 yang dtg dgn nenek, ada juga yg datang bersama dgn bapa sahaja, seolah2 mereka dtg bukan seperti kami yg dtg seperti pelancong,tetapi mereka seperti ada kerja sekolah yang perlu di buat dgn menjadikan model village sebagai inspirasi.

alangkah bagus kalau anak saya sudah besar,(atau kami lame di uk..:D) jadi dia akan lebih menghargai apa yang dilihat dan barangkali buleh menjadi inspirasi dalam kehidupannya.ini kerana bila saya melihat model2 kecil ini saya teringatkan anak rakan saya,wardina. yg mana anaknye membuat model rumah bersama ayahnya.tapi tak apalah, moga2 gambar2 yang kami tangkap utk beliau akan dapat menjadi kenangan dan sesuatu yang berguna dlm kehidupan beliau akan datang.

Sunday, 13 April 2008

terima kasih rakan..

selepas kedatangan family farah dan kak su, family wardina pula datang melawat kami. wardina adalah salah seorang sahabat saya semasa belajar di ukm. wardina datang bersama keluarganya dan juga mak dan ayah yang dtg melawat dr malaysia. kedatangan wardina menambah ceria kehidupan saya kerana kami mula bercot-cet tentang kehidupan masing2. almaklumlah, sudah lama tidak ketemu.rasenye pada tahun akhir pengajian kami sudah tidak berhubung kerana sibuk dgn latihan industri dan project final masing2.

family wardina..
anak2nye pandai melayan anak saya..


sepanjang saya menjadi tuan rumah, tidak putus2 mereka yang berada di rumah mengucapkan' ala-sudah2 dah la mei'... 'ala mei..jgn le susah2'..
kadang2 rase.. alamak.. ape nak cakap balik nih..ehehehe..
tapi...sebenarnye bagi saya ,semuanye tidaklah begitu susah sangat. menyediakan makanan, memang saya buat hari2, cume bezanye.. kuantiti makanan yang disediakan jelah dibanyakkan. mungkin jugak ade sedikit berbeza kerana kadang2 tak perlu bangun awal pagi utk memasak.. tapi titik peluh yang dikeluarkan berbaloi sebenarnya.

Dgn anak yang saya merasa seronok melihat abang2 bermain.(alamak mmg yang datang sume baby dan abang boylahhh..hehe), saya belajar resipi baru, belajar petua baru, dan yang best.. saya tahu jugaklah cara memasak makanan saya betul atau tidak.. kerana sudah lame sangat, tidak ade contoh utk saya lihat utk memperbetulkan masakan saya.
well.. time kasih chef2 sume.

keadaan yang riuh rendah jugak membuatkan hati saya gembira kerana ,sudah lama saya tidak mendengar riuh rendah di dlm rumah.teringat sangat pada keluarga di malaysia. walaupun saya tinggal bersama arwah opah dan atok di kampung, tapi membesar bersama mak sedara yang semuanya 11 org, adalah bil yg agak ramai. keluarga mak dan ayah saya buleh di katakan seperti di dlm cerita'home alone' yg mana semuanya selalu kecoh2( 8 adik beradik) , dan setiap seorang mempunya feel masing2. kadang2 perjalanan yang sepatutnye bertolak pagi, tapi disebabkan ade yg berlengah2 atau terhegeh2(kate org perak) tertunda ke petang.malah kami juga asik suke bercerita dan berdebad dgn pendapat masing2.
jadi bile sume berkumpul di kampung, dirumah pah dan tok, memang hiruk pikuk. tapi alhamdulillah rumah pah yang mempunyai 8 bilik cukup menampung sume family.bukan juga setakat kenduri kendara, bile hari raya , sayalah juga dikatakan org penting , (walaupun saya rase, apalah sangat dorang nih asik suke panggil name umei?)tapi saya tetap jd org buruan kerana barang2 di dlm rumah saya yg tahu dan kene entertain mereka2 ,memandangkan saya yg tinggal di rumah bersama arwah pah dan tok.
kunjungan rakan2 ke rumah saya benar2 menambah skill saya melayan tetamu..konon..nyekan...hehehehe..dan agak2nye kalau saya dah balik ke mesia , saya pulak ke di buli menjadik chef baru..argh..tidakkkkkk2.....

Alhamdulillah, walaupun suami saya ade sikit2 sakit( batuk2)tapi semuanya okeh. perjalanan yang walaupun ada yang tidak menyeronokkan kerana angin kuat, tapi rasenye buleh jugalah di jadikan ilmu baru. sekurang2nye mereka ada gambaran bagaimana area south england .

harapan saya, semoga mereka tidak serik datang ke rumah saya lagi. maafkanlah jika ada terlebih atau terkurang.saya gembira menerima kedatangan anda semua.saya sentiasa memegang bahawa.. walaupun sesuatu itu menyusahkan pasti ade hikmah di sebaliknya.jadik utk memperoleh sesuatu yang baru, bersusahlah utk kehidupan yang lebih baik.. utk kehidupan dunia dan akhirat.

Sunday, 6 April 2008

semasa easter..

easter adalah hari2 yang ditunggu2 oleh kami. tapi bukan kami sahaja rasanya. hampir semua stdnt atau warga malaysia yg berada di sini menantikan cuti ini, selain krismas.. utk berjalan2.jadi bagi kami,kami menunggu kedatangan sahabat2 kami dr notts( midlands) utk berjalan2 bersama kami di bahagian selatan uk.
cadangannya kami akan bercuti area devon and cornwall..
tapi disebabkan faktor cuaca dan angin, kami hanya berjaya melawat cornwall sahaja, itupun hanya melawat st mount michael, lands end dan eden project sahja.

st moutn michael..
cadangannya kami mahu ke castle di pulau sana. buleh melalui dua cara: berjlan kaki atau menaiki boat. kami bercadang utk berjalan kaki. tapi almaklumlah semua family membawa stroller masing2. mane nak sampai, menolak di atas pasir. angin pulak mcm ribut.patah la kami balik dan menuju ke lands end.


gambaran lands end.. penghujung selatan england..


gambar yang sempat saya tangkap. sekejap sahaja saya keluar dr kereta. angin terlalu kuat.rasa macam nak terbang. tak lama kemudian saya mengajak suami memandu kereta jauh sedikit dr area laut. risau kereta pulak terbang...

"

pada hari ke-3 kami berjlan2 pula di eden project.ala2 bukit cahaya shah alam kot. entahlah..saya pun tak pernah ke bukit cahaya. almaklumlah masa saya banyak di habiskan berada di kampung-bersama arwah nenek dahulu. tidak banyak berjalan2 macam org lain.tidak juga mengikut mak ayah berjalan ke sana sini.suke duk memerap dgn nenek kot.:D alhamdulillah rezeki saya skrg dapat pula merantau ke negara orang.saya diberi peluang utk bukak mata ,lebih bersyukur dan melihat keindahan ciptaanNya...

berbalik kepada eden project..di dalam dome eden project ini menggambarkan suasana mediteranean dan suasana musim panas,sejuk.. dan yang bestnye.. gambaran yang dipaparkan utk musim panas adalah negara kite..hehehe.. negara malaysia. so jumpelah pokok pandan,pisang,sirih dll,papan tanda dalam bahasa malaysia, dan jugak pondok org malaysia. tapi macam tak puas hati.. sebab .. gambaran yg diberikan pada org yang tak pernah datang ke malaysia, hanyalah macam hutan belantara. heheeh..maybe jugak perancangannye 20 -30 thn yang lepas.. tapi..oklahh.. ..membuatkan kami ketawa melawat eden project ini..terubatlah jugak rindu.. walaupun hanya memandang suasana sahaja..


perjalanan ke eden peoject...dan gambaran eden dr luar.. sungguh besar dan cantik dome eden ini..


suasana mediterranean


alhamdulillah hari ke 4.. semua org berangkat pulang. kami menunggu tetamu lain.. dan mereka .. masih menikmati cuti easter ke bath pula...