Thursday 26 June 2008

sahabat sekolah..

baru2 ini..saya sibuk dan semakin aktif dengan yahoo groups email sekolah menengah saya.semua sahabat handai saya semakin aktif menulis dan memberi info tentang kehidupan,kerjaya dan nasihat.ada yang sudah mempunyai anak 3-4 org,mempunyai 2-3 buah rumah dan beberapa org sahabat handai yang berminat meniaga sudah pun semakin maju perniagaan mereka.

gembira? sudah tentu.. kerana mereka sahabat2 saya.rakan sekolah saya.yang mana kami semua membesar ,mengenali diri sendiri dan belajar bersama-sama untuk memiliki kehidupan yang lebih bagus utk dunia dan akhirat. alhamdulillah, bila kami sudah bertemu kembali.....perkembangan diri dan kehidupan masing2 jelas nyata maju dan berubah.

tapi kali ini saya memaparkan artikel sahabat saya yang telah berjaya mempunyai kedai sendiri..setelah lama mempunyai 2 anak syarikat....setelah lama menjadikan rumahnya sebagai kedai dan opis..:D......tahniah asiah!semoga bertambah2 berjaya..dan bertambah ramai bumiputra kite ke arah ini.http://www.muslimshoppe.com/



dan.. asiah ini jugalah yang mereka dan menghasilkan 'goodies bag'utk perkahwinan saya. saya sangat2 gembira dan berbangga kerana itulah goodies bag pertama yg tertulis nama saya..saya yang punya...citarasa saya...:).. harap2nye adalah lagi dan lagi kelahiran 'goodie bags' atas nama saya.....atau saya yang punya!



oh yer..tidak lupa sahabat saya yang mempunyai business cenderahati utk tetamu. tahniah juga zana. semoga semua suksess. http://www.sza-resources.com/



saya?? ermm.... harap2nye cepat2lah saya dapat menilai diri sendiri untuk memilih kerjaya yang saya benar2 gilai ,ada bakat dalamnya.. buleh berbakti kepada bangsa,negara ,agama,diredhoi Allah dan paling utama...... HANYA UNTUK ALLAH. amin.

Sunday 15 June 2008

Car boot

Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah ke england berkenaan tarikan dan atau apa yang mereka begitu suka berkenaan england.Jawapan mereka buleh di didengari samada 4 musim,pemandangan yg cantik,barangan yang murah atau sistem teknologi yang bagus.Tapi yang pasti mereka tidak akan meninggalkan perkataan'car boot'.Begitu juga saya ,walaupun berada di kawasan peranginan ,tidak akan terlepas untuk pergi lagi dan lagi ke car boot sales.Alhamdulillah pula sekarang musim panas,maka semakin banyak jualan dan pelbagai barangan buleh di lihat.

Carboot ini sebenarnya adalah jualan yang dijalankan di belakang kereta , pada tempat2 yang di dibenarkan.Tiada lesen dikenakan,cuma bayaran utk sesiapa yang menjual dan pada setengah2 tempat pula dikenakan bayaran kepada sesiapa yang masuk ke tempat jualan.Oleh itu,memang ramai yang dtg menjual barangan sendiri samada second hand atau baru.Hari juga bergantung pada setengah2 tempat yang mane selalunya diadakan pada hari sabtu dan ahad,di kawasan lapang seperti padang atau tepi2 parking kereta.Cuma bila musim sejuk,disetengah2 tempat dijalankan di tempat tertutup seperti stadium atau dewan.


contoh carboot yang diadakan di padang.



Saya masih ingat dahulu,sewaktu saya tengah gila utk ke carboot, walaupun anak kecik baru lahir,saya menyuruh juga suami pergi ke carboot,mencari alat2 permainan utk anak saya.Hehehe..memang kalau di ingat2kan agak kelakar,sebab kami merasakan,carboot lah sebenarnya tempat utk membeli segalanya,kerana barangannya murah,walaupun second hand tapi masih elok dan cantik, pelbagai jenis barangan buleh di nilai, dan mendapat barangan pada harga yang amat murah,memang seronok.

Pada seingat saya,kadang2 tak sampai £10 sudah penuh bonet kereta dengan pelbagai barangan.Apatah lagi kalau berkongsi kereta dengan rakan2. pernah sekali saya menumpang kereta rakan,kami membeli hingga tidak muat bonet keretanya..dan kami bergurau dgn menyatakan,sesiapa yang mahu beli kereta,patut beli kereta 8 seater ,supaya senang utk membawa barangan dr carboot.

Memang iye,bukan saya sahaja yang suke ke carboot,tapi hampir kebanyakan rakan2 saya begitu juga.Apatidaknya,kadang2 barang berharga seperti televisyen yang berharga £50 buleh jatuh sehingga £3 atau £1 sahaja.sementara mengumpul duit utk membeli tv flat screen berharga £300 keatas..apasalahnya memakai barangan biasa.begitulah pendapat kami di sini.dan sekiranya tidak mahu barangan2 yang dibeli,baik disedekahkan shaja kepada mereka yang baru sampai di sini.Lapang dada mereka,pahala juga buleh diperolehi,insyaAllah.


Antara jualan car boot


kereta yang berharga £3



semua buku ini berharga £3.25




hiburan utk kanak2 disediakan juga..

Sunday 1 June 2008

Britain's Got Talent..

Minggu lepas..adalah minggu terakhir saya melihat siaran langsung britain's got talent.rancangan ini seperti american idol juga di mana ia adalah pertandingan berupa siaran langsung. Bezanya pertandingan britain's got talent ini membenarkan semua peringkat umur menyertai,menggunakan apa sahaja perkakas dan yang paling penting adalah mempunyai bakat yang istimewa dan mampu menarik perhatian umum utk mengundi paling banyak adalah pemenang. Pemenang hanya tempat pertama sahaja dan dihadiahkan wang berjumlah £100,000 dan akan mengadakan persembahan utk Royal Variety Performance.Rancangan ini di hakimi oleh 3 org artis atau celebrity ternama , dan berjaya menarik 12 million penonton .

err.. hehe..nampaknya saya sekeluarga juga termasuk di dalam bilangan peminat setia britain's got talent setiap tahun.Rancangan ini memang seronok di tonton dan hairannya setiap tahun pasti akan lahir bakat2 baru yang istimewa dan rakyat britain ini pula memang sanggup memvolunteerkan diri masing2 di hadapan kamera utk dihakimi walaupun menerima kritikan yang sangat pedas utk mengesahkan mereka sebenarnya mempunyai talent atau hanya adalah kegilaan sahaja. Antara mereka yang berjaya menarik perhatian umum adalah :


Strike: Bakat mereka berkarate..



Kate and Gin: Anjing yang bijak selalunya mmg berjaya menarik perhatian orang2 putih di sini.



Persembahan kumpulan tarian kanak2.Bakat kecil yang bertenaga.



Remaja yang mahir dgn bakat bermain bola..




Bakat yang diperolehi setiap tahun...persembahan nyanyian soprano.Fairyl yang hanya berumur 12 tahun.



dan tarian berduet kanak2:Memang comelllllll....



persembahan kumpulan menggunakan alat muzik.Seksi dan klasik.



tidak lupa penyertaan tarian indian yang berjaya meletakkan diri mereka hingga ke peringkat akhir.



tetepi saya suka perjalanan budak lelaki ini,yang tidak berjaya utk ke peringkat semifinal tahu lepas..tetapi berjaya pd tahun ini..George Sampson..



dan akhirnya ke final dan berjaya menjadi pemenang britains got talent 2008.


oh ya..Untuk melihat simon cowell senyum dan gembira sahaja...tontonlah britain's got talent.